Salam Jumaat dan Salam 1 Malaysia ~ *jiwepatriotikkan*.. Aku selalu pagi-pagi akan search benda-benda yang boleh aku DIY*kan untuk bertunang ke wedding ke kan (bukannakbuatkerjaopis*makangajibuta*haha). So, aku nak share 1 info DIY yang aku rasa berguna untuk B2B's yang kat luar sana yang tengah termenung-menung nak buat Paper Flower Bouquet :
Bahan-Bahan :
1) 6 "styrofoam bola,
2) gunting
3) kayu lidi
4) Paper - depends lah kat korang nak pakai paper jenis apa..*yangringan*
5) benang
6) masking tape
Bahan-Bahan
Carnantion
1) Gulung sekeping kertas kecil dan lekatkan pada hujung lidi *ini adalah untuk memastikan yang kelopak korang tak kan jatuh dari lidi*
2) Potong 4-8 bulatan *depends lah korang nak besar mana kelopak tu* dan lepas potong bulatan tu, cucuk bahagian tengah bulatan tu untuk masukkan ke dalam lidi
3) Kemudian, selepas potong ke semua kelopak tadi, masukkan satu-satu kelopak pada lidi tadi dan lekatkan sedikit masking tape bawah lidi untuk mengelakkan kelopak2 tu jatuh ke bawah. seperti ini :
Rossetes
1) Potong macam ubat nyamuk tu kan? lebih kurang 4x4 inci. tapi sebenarnya, ikut korang lah nak besar mana rose tu kan? lebih kurang macam ni lah :
2) Kemudian, pusingkan kertas yang korang potong macam Fumakilla tu kan dekat lidi. macam ini :
3) Kemudian terpulanglah pada korang sama ada bahagian atas ros ni, korang nak letak manik kaler-kaler ke , terpulang,asalkan cantek dipandang ! atau seperti ini pon boleh :
*siap lah korang punya rossetes !! ada lagi satu..
Yarn Poms
1) Twist kan benang kira-kira 10-15 inci *ikutlah ketebalan YP yang korang nak* dekat jari-jari korang tu dan ikat mati bila selesai. mcm ini :
2) ok, step yang ini agak susah, korang ambik lagi tali yang lbh kurang 1 inci mcm tu kan, korang letak dekat gompolan benang tadi dan ikat di atas dan bawah benang tadi ketat-ketat.macam ni :
3) Then korang potong la benang-benang tu macam gambar kat bawah ni, agar YP korang nampak lebih kemas dan teratur =)
4) tampal lah korang punye YP tu dekat lidi supaya nanti boleh cucuk bersama-sama carnation and rossetes korang td. Susun betul biar namapak kemas =)
* dan selepas itu, guna korang punya carnation, rossetes & YP tu dan cucuk/susun pada 6 "styrofoam bola. Susun ikut kreativiti korang =) dan akan nmpk macam ini =)
so, camana? nak try?? try lah korang.. Semoga hasil korang akan nampak lebih indah masa majlis korang nanti.. Good Luck !
0 comments:
Post a Comment