Friday, January 20, 2012

DIY - Paper Flower Bouquet

Hye korang ! 
Salam Jumaat dan Salam 1 Malaysia ~ *jiwepatriotikkan*.. Aku selalu pagi-pagi akan search benda-benda yang boleh aku DIY*kan untuk bertunang ke wedding ke kan (bukannakbuatkerjaopis*makangajibuta*haha). So, aku nak share 1 info DIY yang aku rasa berguna untuk B2B's yang kat luar sana yang tengah termenung-menung nak buat Paper Flower Bouquet :


Bahan-Bahan :
1) 6 "styrofoam bola
2) gunting
3) kayu lidi
4) Paper - depends lah kat korang nak pakai paper jenis apa..*yangringan*
5) benang
6) masking tape

Bahan-Bahan

Carnantion

1) Gulung sekeping  kertas kecil dan lekatkan pada hujung lidi *ini adalah untuk memastikan yang kelopak korang tak kan jatuh dari lidi*

2) Potong 4-8 bulatan *depends lah korang nak besar mana kelopak tu* dan lepas potong bulatan tu, cucuk bahagian tengah bulatan tu untuk masukkan ke dalam lidi

3) Kemudian, selepas potong ke semua kelopak tadi, masukkan satu-satu kelopak pada lidi tadi dan lekatkan sedikit masking tape bawah lidi untuk mengelakkan kelopak2 tu jatuh ke bawah. seperti ini : 


Rossetes

1) Potong macam ubat nyamuk tu kan? lebih kurang 4x4 inci. tapi sebenarnya, ikut korang lah nak besar mana rose tu kan? lebih kurang macam ni lah : 


2) Kemudian, pusingkan kertas yang korang potong macam Fumakilla tu kan dekat lidi. macam ini :


3) Kemudian terpulanglah pada korang sama ada bahagian atas ros ni, korang nak letak manik kaler-kaler ke , terpulang,asalkan cantek dipandang ! atau seperti ini pon boleh :
*siap lah korang punya rossetes !! ada lagi satu..

Yarn Poms

1) Twist kan benang kira-kira 10-15 inci *ikutlah ketebalan YP yang korang nak* dekat jari-jari korang tu dan ikat mati bila selesai. mcm ini :


2) ok, step yang ini agak susah, korang ambik lagi tali yang lbh kurang 1 inci mcm tu kan, korang letak dekat gompolan benang tadi dan ikat di atas dan bawah benang tadi ketat-ketat.macam ni :


3) Then korang potong la benang-benang tu macam gambar kat bawah ni, agar YP korang nampak lebih kemas dan teratur =)


4) tampal lah korang punye YP tu dekat lidi supaya nanti boleh cucuk bersama-sama carnation and rossetes korang td. Susun betul biar namapak kemas =)


* dan selepas itu, guna korang punya  carnation, rossetes & YP tu dan cucuk/susun pada 6 "styrofoam bola. Susun ikut kreativiti korang =) dan akan nmpk macam ini =)


so, camana? nak try?? try lah korang.. Semoga hasil korang akan nampak lebih indah masa majlis korang nanti.. Good Luck !

0 comments:

Post a Comment