Friday, December 7, 2012

5 Dis 2012 : HIV Test

Perjalanan aku untuk dapatkan kebenaran bernikah tu baru start sebenarnya memandangkan HIV test pun valid untuk 3 bulan sahaja kan. So, nak dijadikan cerita 5 Disember 2012 ( Rabu) hari tu, aku baru buat HIV test. Kalo korang ada survey kat mana-mana kawan yang cakap HIV test tu just take 20-30 minutes je, jgn lah percaya. Depends jugak lah kot. tapi jangan percaya bulat-bulat ok? itu nasihat yang pertama ye !

Dinasihatkan, sebelum plan nak buat HIV test tu, korang survey lah dulu nak buat kat Klinik Kesiahatan (KK) mana dan buat appoitment dulu. Selalunya, KK ni bagi appoitment sebulan selepas kita buat appoitment dan pihak KK ni selalunya akan bagi time belah petang tau. Apa-apa hal pun, tanya dulu kat KK tu sebab tak semua KK ni sama.

Macam aku haritu, aku dah buat appoitment hujung bulan 11 tapi aku mintak tarikh paling awal memandangkan Alap pun tak bole cuti sesuka hati tp sebenarnya KK yang aku pergi ni, boleh walk in je dan HIV test boleh buat pagi dan petang kecuali tenghari (lunch). Kalau sesiapa yang nak pergi cepat tu, pergi lah ke Klinik Kesihatan Batu, Jalan Ipoh, KL...

Sampai sana, korang tak payah risau nak isi borang itu ini sebelum datang .. korang datang cuma bawak diri dan semestinya Kad Pengenalan dan Sebatang Pen.  Sampai je kt KK, korang just cakap nak buat HIV dan orang kaunter tu akan bagi beberapa borang yang perlu korang isi. Macam KK Batu ni, borang untuk lelaki dan perempuan sama tetapi ada pertambahan borang untuk perempuan. Disebabkan ada pertambahan borang, aku kena cucuk dekat lengan tu. nurse tu ambik darah byk. yang lelaki, cuma hujung jari je hokayyyy ! untung laki aku.. haha *tapi depends la pada prosedur KK yang korang pergi tu. KK ni kan tak sama..

Lepas dah kena cucuk bagai, dah tauk result, doctor pun dah sign n cop, korang ambik salinan and balik lah JIKA darah korang tak bermasalah. Tapi macam aku, doctor detect aku ada Thalassemia *kurang darah merah* so, kena lah tunggu untuk doc bagi kaunseling sikit dan buat temujanji yang baru untuk confirmkan sama ada aku ade penyakit tu ke tak. hehehe. Tapi Alhamdulillah, HIV aku ngan alap ok dan kami dah boleh kawin ! hehe.. Mintak pd kawan-kawan untuk doakan kesihatan yang baik untuk aku ye =) terima kasih...

Sebenarnya, lambat atau cepat prosedur HIV test ni, depends pada Klinik Kesihatan masing-masing. tak semua klinik kesihatan sama.. yang penting buat appoitment dulu ok? Sekianlah Prosedur yang simple tapi rumit dari aku.

**Terima kasih baca entry aku yang panjang meleborrrrrr ni ! =)

Thursday, November 29, 2012

29 November 2012

Mana ntah aku nak start.. memang aku ni dasar lupe diri ! 7 bulan aku bertunang, baru sekarang aku ada hati nak update blog. memang dasar PEMALAS kau ye pnut ! 

Bila aku nak view blog, konon-konon nak macam back to basic kan, nah, hambek kau ! satu gambar pun kau tak boleh tengok. MASAK kau pnut.. aku ni sebenarnya gatal! orang nak ada blog, aku pun nak jugak.. *marah tetibe** 

aku update blog, bajet bajet ada readers masih sedar kewujudan aku yang mmg slalu nak low profile ! *muntah kau** haha..

see you soon =)

Monday, July 16, 2012

bersawang !

Hye semua,

Diam tak diam, rasa-rasanya dah nak dekat 2 bulan aku tak update blog. Blog aku pun bukan macam ramai followers pun..*xfemes ok!** haha =)

Alhamdullilah, sejak jadi tunangan orang ni, semuanya baik-baik je. Preparation pun ok-ok je.. wedding checklist pun aku tak update lagi. Sekarang nak fikir pergi Kursus kawen. Bende ni lah yang aku liat sikit nk pergi sebab aku bukan boleh duduk diam je dengar ustaz tu cakap itu ini. haih~ sabar je la kan!

ok la. next time kte update lagi la.. dada didi dudu loves !

Tuesday, May 15, 2012

::pelamin::

Hye Bloggers !!

Sekarang ni kalau nak ikutkan, aku dah start nak buat preparation untuk wedding aku nanti. Sebenarnya aku ni tak tahu nak start dari mana. Tapi tadi aku macam ternampak pelamin ini :


Dulu cousin aku pun pernah buat concept macam ini :


lebih kurang kan? tapi aku baru je plan, tp hati aku belum 100% ! still searching.. kalo korang ade yang best, ala-ala simple n vintage.. kite sharing is caring la ea? thank you koranggggggg..