Friday, December 7, 2012

5 Dis 2012 : HIV Test

Perjalanan aku untuk dapatkan kebenaran bernikah tu baru start sebenarnya memandangkan HIV test pun valid untuk 3 bulan sahaja kan. So, nak dijadikan cerita 5 Disember 2012 ( Rabu) hari tu, aku baru buat HIV test. Kalo korang ada survey kat mana-mana kawan yang cakap HIV test tu just take 20-30 minutes je, jgn lah percaya. Depends jugak lah kot. tapi jangan percaya bulat-bulat ok? itu nasihat yang pertama ye !

Dinasihatkan, sebelum plan nak buat HIV test tu, korang survey lah dulu nak buat kat Klinik Kesiahatan (KK) mana dan buat appoitment dulu. Selalunya, KK ni bagi appoitment sebulan selepas kita buat appoitment dan pihak KK ni selalunya akan bagi time belah petang tau. Apa-apa hal pun, tanya dulu kat KK tu sebab tak semua KK ni sama.

Macam aku haritu, aku dah buat appoitment hujung bulan 11 tapi aku mintak tarikh paling awal memandangkan Alap pun tak bole cuti sesuka hati tp sebenarnya KK yang aku pergi ni, boleh walk in je dan HIV test boleh buat pagi dan petang kecuali tenghari (lunch). Kalau sesiapa yang nak pergi cepat tu, pergi lah ke Klinik Kesihatan Batu, Jalan Ipoh, KL...

Sampai sana, korang tak payah risau nak isi borang itu ini sebelum datang .. korang datang cuma bawak diri dan semestinya Kad Pengenalan dan Sebatang Pen.  Sampai je kt KK, korang just cakap nak buat HIV dan orang kaunter tu akan bagi beberapa borang yang perlu korang isi. Macam KK Batu ni, borang untuk lelaki dan perempuan sama tetapi ada pertambahan borang untuk perempuan. Disebabkan ada pertambahan borang, aku kena cucuk dekat lengan tu. nurse tu ambik darah byk. yang lelaki, cuma hujung jari je hokayyyy ! untung laki aku.. haha *tapi depends la pada prosedur KK yang korang pergi tu. KK ni kan tak sama..

Lepas dah kena cucuk bagai, dah tauk result, doctor pun dah sign n cop, korang ambik salinan and balik lah JIKA darah korang tak bermasalah. Tapi macam aku, doctor detect aku ada Thalassemia *kurang darah merah* so, kena lah tunggu untuk doc bagi kaunseling sikit dan buat temujanji yang baru untuk confirmkan sama ada aku ade penyakit tu ke tak. hehehe. Tapi Alhamdulillah, HIV aku ngan alap ok dan kami dah boleh kawin ! hehe.. Mintak pd kawan-kawan untuk doakan kesihatan yang baik untuk aku ye =) terima kasih...

Sebenarnya, lambat atau cepat prosedur HIV test ni, depends pada Klinik Kesihatan masing-masing. tak semua klinik kesihatan sama.. yang penting buat appoitment dulu ok? Sekianlah Prosedur yang simple tapi rumit dari aku.

**Terima kasih baca entry aku yang panjang meleborrrrrr ni ! =)

Thursday, November 29, 2012

29 November 2012

Mana ntah aku nak start.. memang aku ni dasar lupe diri ! 7 bulan aku bertunang, baru sekarang aku ada hati nak update blog. memang dasar PEMALAS kau ye pnut ! 

Bila aku nak view blog, konon-konon nak macam back to basic kan, nah, hambek kau ! satu gambar pun kau tak boleh tengok. MASAK kau pnut.. aku ni sebenarnya gatal! orang nak ada blog, aku pun nak jugak.. *marah tetibe** 

aku update blog, bajet bajet ada readers masih sedar kewujudan aku yang mmg slalu nak low profile ! *muntah kau** haha..

see you soon =)

Monday, July 16, 2012

bersawang !

Hye semua,

Diam tak diam, rasa-rasanya dah nak dekat 2 bulan aku tak update blog. Blog aku pun bukan macam ramai followers pun..*xfemes ok!** haha =)

Alhamdullilah, sejak jadi tunangan orang ni, semuanya baik-baik je. Preparation pun ok-ok je.. wedding checklist pun aku tak update lagi. Sekarang nak fikir pergi Kursus kawen. Bende ni lah yang aku liat sikit nk pergi sebab aku bukan boleh duduk diam je dengar ustaz tu cakap itu ini. haih~ sabar je la kan!

ok la. next time kte update lagi la.. dada didi dudu loves !

Tuesday, May 15, 2012

::pelamin::

Hye Bloggers !!

Sekarang ni kalau nak ikutkan, aku dah start nak buat preparation untuk wedding aku nanti. Sebenarnya aku ni tak tahu nak start dari mana. Tapi tadi aku macam ternampak pelamin ini :


Dulu cousin aku pun pernah buat concept macam ini :


lebih kurang kan? tapi aku baru je plan, tp hati aku belum 100% ! still searching.. kalo korang ade yang best, ala-ala simple n vintage.. kite sharing is caring la ea? thank you koranggggggg..

Monday, May 14, 2012

::Last::

Untuk tatapan akhir untuk hari ini ! hehe



::14 Mei 2012::

Hye Bloggers !

Aku tak tahu nak letak tajuk ape, and the best way, aku letak tarikh hari ni lah kan? hehe..just for Info :

 Untuk para-para isteri/bakal isteri

untuk para-para suami/bakal suami

Ni bagus ni untuk bride to be ! lagi elok korang tolong printkan untuk bakal-bakal isteri/suami korang. kalau nak rajin, tolong printkan sekali untuk jiran sebelah ke, officemate ke, housemate ke..hehehe.. with love !

Thank you sayanggg !!



::woot woot::

Hye bloggers !

Agak lama jugak lah kan, aku tak update blog *bajet macam ade orang nak bace blog aku la kan** hahah.. Aku sebenarnye tak de la rajin bebenor nak update blog, tapi kalau ada kelapangan, aku try lah update sikit-sikit..kot kot ade yang rindu kat aku ke kan?

Ramai kawan-kawan tanye, perkembangan terbaru since jadi tunangan orang. *aku hot mcm artis.haha** .. So far, ok lah. maybe sebab baru lagi kan. jadi, rasa tu tak rasa lagi. Harap2 xde lah dugaan2 pelik yang mendatang. Honestly, memang risau jugak dengan status baru ni. Tapi tak de lah sampai rasa terbeban. Dijamin semuanye happy! Alhamdulillah, En. Tunang sangat understanding ! sorry lah ye, kalau saya ni kadang-kadang tergedik lbh ~ *dah biasa kan?** heheeh..

Seperti dijanjikan, aku upload gambar tunang hari itu.. Check it out !! daaaaa
















Thursday, May 3, 2012

hye kesayangan !

Alhamdulillah, 29th april 2012 tepat jam 12.30 tengahari, secara rasmi aku dah pun menjadi tunangan orang ! nanti aku upload la mne2 gamba yang boleh diupload sbb sekarang tgh busy teruk !

Harap-harap, dugaan yang mendatang, aku boleh hadapi dengan tabah. amin =)
**ayatskemaoke* heehe.. dadada !!

Wednesday, April 25, 2012

:: Dah Sampai ::

Hye korang !

Lama dah aku tunggu bunga tangan aku !~ lastly aku dapat dengan cantiknyeeee !! tahun lepas lagi aku dah tempah bunga tangan ni dekat kak intan. memang aku nak sangat kot !! fuhhhh, thank you kak intan n abg posmen !! layan :

Tuesday, April 24, 2012

::tak sangkanyeee::


Sebenarnya, aku memang tak sangka ada jugak orang yang berkenan dengan hasil kerja goodies aku yang tak seberapa tu. Siap nak mintak tempah bagai. Tiba-tiba business-woman pulak kan? seronok bila mcm ni. Tengok lah mcm mana kan? kalo tak ada aral melintang, sihat kesihatan, aku cuba buat yang terbaik !

::Goodies::


 Ini hadiah aku untuk korang yang datang !! **in progress**

luv you guyssssss... LOL =)

Friday, April 20, 2012

Baju Ouh Baju

hye bloggers ..

Rabu aritu aku dah fitting baju.. seriously, aku suke la yg teramat sgt kan? tak boleh nak upload gamba sekarang sebab aritu pun tak sempat nak ambik2 gambar bagai. Tunggu lah hari kejadian nnt ea? in'allah, aku upload gambar-gambar nye. sekarang ni mcm quite busy jgk nak prepare kenduri nanti. hehe..

Tuesday, April 17, 2012

::Mendekat::

hye bloggers !!

Hari-hari mendekat macam ni lah selalu buat aku nervous. Mana taknye , dan dan la sekarang ni aku terkena kencing tak lawas ni.. Kalau lah keadaan macam ni sampai ke kenduri nnt, tgh2 nak sarung cincin, aku tergedik-gedik nak pergi toilet, memang malu habis kot ! sekarang ni pun, kembung perut aku dok minum air 100plus je. konon-konon boleh neutralkan balik air kencing tu. insyaallah ! Ada petua lain tak? tak larat nak minum air 100plus je. bosan ! mohon bantu =)

Monday, April 9, 2012

:: Flower paper ::

hye bloggers,

Last week aku dah siapkan beberapa Flower paper yang cantik-cantik (*bajetcantek) untuk diletakkan atas setiap meja makan nanti. Benda pertama yang aku harapkan ialah, cawan yang aku nak letak nanti, tak jatuh and tak pecah la..hehehe.. 

Actually,quite senang jugak la nak buat Flower paper ni. Benda ni pun aku belajar dengan officemate aku, firstly memang macam susah, tapi bila dah layan, memang rasa nak buat banyak ! tapi kali ni, aku buat bunga ni, colour agak kontra sikit. Saje nak nampak terang kan tengahari buta masa hari kejadian nanti. Untuk pengetahuan korang jugak, aku ni memang suka colour terang-terang ni.. 

Ni gambar-gambarnya. check it out ! 





so, cmne? hehe

Friday, March 30, 2012

::Tugasan Malam Tadi::

Ingat tak aku dok kira-kira tugasan malam semalam tu.. Naik letih jugak lah jari jemari aku yang tak bape nak halus ni dok menggunting sampai habis? *tak runcing pun oke**** Finally, everything is DONE !!!!!

Next task :

1) Burung Jinjang
2) Paper Flower
3) Bintang-bintang

Tengahari ni rehat lama kan? aku nak mengopakkan duit aku..haha.. nanti bile2 aku upload lah gambar-gambar ea. Sorrrrry sebab belog aku ni tak meriah dengan gambar.. dada didi dudu =)

Thursday, March 29, 2012

:: Invitation Card::

Kad ni aku buat biasa2 sahaja untuk kawan-kawan yang terdekat. Mungkin simple tapi aku rasa ade kelassss di situ ! *perasan kau jemahh**... haha =) lagipun kan, kad ni aku buat sendiri pakai microsoft office je kot and convert to PDF . Then print sendiri and gunting sendiri. macam leceh tapi aku rasa bukan selalu aku buat kerja remeh macam ni.Sekali dalam seumur hidup kot kan. so, why not?


so, camne? just leave ur comment.. thank you..

::Tugasan malam ini::

Tugasan untuk malam ni :

1) potong label goodies
2) gam riben kat kad jemputan
3) potong brown paper (goodies)

tiga benda ni aku kena setelkan malam ni. sebab malam-malam lain mungkin aku dah sibuk kerja kan benda-benda lain ! hahahaha =)

mesti buat oke? dada didi dudu..

Tuesday, March 27, 2012

::Label Goodies::

Finally, aku berjaya buat label sendiri untuk majlis aku nanti yeayyyyyy =) Sila tepuk dada sendiri ye syafinaz..haha.. taraaaaaa !

is it pretty ?? sila lah komen saya..hehehe *poyo terlebih!

::dizziness::


Macam ni lah aku pening !! haih~

::checklist::

1. Baju Bertunang
  • Material - Gulatis
  • Tailoring - Butik NUr

2. Makeup Artist - MijaPiza (**cousin aku)

3. Hantaran Pertunangan
  • Bentuk Barangan 
    • Baju kemeja + tie - aku
    • chocolate - Along Liza (**sepupu aku)
    • sirih junjung - Ibu
    • cake/cupcake - Kak netty
    • buah-buahan - Ibu
    • bunga rampai / wangi-wangian - Ibu
    • xtahu namanye ape tp sponsored by CIk ah
  • Hiasan (bunga, etc) - Ibu + Aku
  • Bekas hantaran - mama (bukan ibu tiri oke, mak angkat aku**) =)
  • Dulang hantaran & kain alas - ibu + aku
4. Makanan Jamuan (will decide later)
- Gotong royong
- Khemah
- Meja dan kerusi

5. Juruadat/Jurucakap wakil keluarga kedua belah pihak - Ayah mok / paklong

6. Tempat upacara sarung cincin (Pelamin Mini/bedroom set (optional)) - Rumah ku Syurgaku

7. Doorgift (optional) - 50%

8. Jurukamera - Zul Hang (**opismate)

Antara lain, i have to discuss dengan bakal tunang these few matters. These things la yang akan orang-orang tua (wakil keluarga) discuss masa merisik and bertunang nanti. Takut beb =)

1. Tentukan bentuk & jumlah barangan yang bakal diterima sebagai tanda pertunangan (cincin satu atau dea bentuk ke gelang ke)

2. Tentukan tempoh bertunang (1 tahun etc) dan tarikh pernikahan (optional)

3. Tentukan jumlah wang hantaran

4. Tentukan jumlah hantaran perkahwinan (terima dan balas)

*everything will decide later****** aku dah pening da ni ! haha

Monday, March 26, 2012

::sampai masa::

HYe..

Rasa macam dah lama tak update blog. Rasa dah bersawang-sawang + berhabuk-habuk blog aku yang cantek ni..*cantek lah sgttt* hahah.
25 Mac 2012 semalam, officially i'm taken by Muhammad Asyraf *dandan sepiking LONDON uolss* nervous sangat semalam. walhal aku tauk da, komfem2 terime punye kan? *konfiden** tapi sedihnye, semalam tak sempat nk berfotogedik la. cume sempat berfotogedik pakai blacberry aku yang tak bape nak canggih tu kan? hahaha =) lepas fmily dy balik, aku ngan sepupu2 aku buat pesta buih pulak dekat sungai belakang umah. memang best kot !!  buat ms ni aku upload yang satu ini je la dulu la ea.


dada didi dudu !!
much love ~

Wednesday, January 25, 2012

Aku suka ini~

Ini DIY yang aku rasa sangat comel.. jamah-jamahkan lah mata korang ye..









comel tak? suke kan =)

Berangan Dulu Baru Kenyataan !

Hye korang !

Harini aku memang rasa sangat tak sihat badan. Bos bagi arahan pun, aku boleh melayang-layang !! bukan sebab Monday Blues on Wednesday okayh ~ tapi ni bebetul tak sihat penyakit perempuan namanya.haha =)

Dalam pada sakit-sakit ni kan, aku ni TERberangan okayh.. nak wedding macam ini :










comel kan? syok kot~ heheh =)

Friday, January 20, 2012

DIY - Paper Flower Bouquet

Hye korang ! 
Salam Jumaat dan Salam 1 Malaysia ~ *jiwepatriotikkan*.. Aku selalu pagi-pagi akan search benda-benda yang boleh aku DIY*kan untuk bertunang ke wedding ke kan (bukannakbuatkerjaopis*makangajibuta*haha). So, aku nak share 1 info DIY yang aku rasa berguna untuk B2B's yang kat luar sana yang tengah termenung-menung nak buat Paper Flower Bouquet :


Bahan-Bahan :
1) 6 "styrofoam bola
2) gunting
3) kayu lidi
4) Paper - depends lah kat korang nak pakai paper jenis apa..*yangringan*
5) benang
6) masking tape

Bahan-Bahan

Carnantion

1) Gulung sekeping  kertas kecil dan lekatkan pada hujung lidi *ini adalah untuk memastikan yang kelopak korang tak kan jatuh dari lidi*

2) Potong 4-8 bulatan *depends lah korang nak besar mana kelopak tu* dan lepas potong bulatan tu, cucuk bahagian tengah bulatan tu untuk masukkan ke dalam lidi

3) Kemudian, selepas potong ke semua kelopak tadi, masukkan satu-satu kelopak pada lidi tadi dan lekatkan sedikit masking tape bawah lidi untuk mengelakkan kelopak2 tu jatuh ke bawah. seperti ini : 


Rossetes

1) Potong macam ubat nyamuk tu kan? lebih kurang 4x4 inci. tapi sebenarnya, ikut korang lah nak besar mana rose tu kan? lebih kurang macam ni lah : 


2) Kemudian, pusingkan kertas yang korang potong macam Fumakilla tu kan dekat lidi. macam ini :


3) Kemudian terpulanglah pada korang sama ada bahagian atas ros ni, korang nak letak manik kaler-kaler ke , terpulang,asalkan cantek dipandang ! atau seperti ini pon boleh :
*siap lah korang punya rossetes !! ada lagi satu..

Yarn Poms

1) Twist kan benang kira-kira 10-15 inci *ikutlah ketebalan YP yang korang nak* dekat jari-jari korang tu dan ikat mati bila selesai. mcm ini :


2) ok, step yang ini agak susah, korang ambik lagi tali yang lbh kurang 1 inci mcm tu kan, korang letak dekat gompolan benang tadi dan ikat di atas dan bawah benang tadi ketat-ketat.macam ni :


3) Then korang potong la benang-benang tu macam gambar kat bawah ni, agar YP korang nampak lebih kemas dan teratur =)


4) tampal lah korang punye YP tu dekat lidi supaya nanti boleh cucuk bersama-sama carnation and rossetes korang td. Susun betul biar namapak kemas =)


* dan selepas itu, guna korang punya  carnation, rossetes & YP tu dan cucuk/susun pada 6 "styrofoam bola. Susun ikut kreativiti korang =) dan akan nmpk macam ini =)


so, camana? nak try?? try lah korang.. Semoga hasil korang akan nampak lebih indah masa majlis korang nanti.. Good Luck !