Tuesday, December 27, 2011

✿Engagement Checklist✿


1. Attire for both lelaki and perempuan
- Material
- Tailoring
- Accessories

2. Makeup Artist

3. Hantaran Pertunangan
- Jumlah yang diterima dan dibalas
- Bentuk Barangan
- Hiasan (bunga, etc)
- Bekas hantaran
- Dulang hantaran & kain alas

4. Makanan Jamuan 
- Catering/Gotong royong
- Khemah
- Meja dan kerusi

5. Juruadat/Jurucakap wakil keluarga kedua belah pihak

6. Tempat upacara sarung cincin (Pelamin Mini/bedroom set (optional))

7. Doorgift (optional)

8. Jurukamera

Antara lain, you have to discuss dengan bakal tunang these few matters. These things la yang akan orang-orang tua (wakil keluarga) discuss masa merisik and bertunang nanti.

1. Tentukan bentuk & jumlah barangan yang bakal diterima sebagai tanda pertunangan (cincin satu atau dea bentuk ke gelang ke)

2. Tentukan tempoh bertunang (1 tahun etc) dan tarikh pernikahan (optional)

3. Tentukan jumlah wang hantaran

4. Tentukan jumlah hantaran perkahwinan (terima dan balas)

Sekian, much love *syafinazsalleh*

Saturday, December 17, 2011

17 Disember 2011

Aku di PANGKOR !

BENGKEL PENYELARASAN MANUAL PROSEDUR KERJA
PURNAMA BEACH RESORT, PULAU PANGKOR 

Wednesday, November 30, 2011

Theme !

ok bos, hari ni hari malas saya ! so, saya rasa nak update blog ye bos.. bos tdo yeeeee!! zzzzzzzzz.....haha

Hye Bloggers !!

Post yang kedua untuk harini ialah aku nak share dengan korang semua, tema yang aku plan nak buat time hari bertunang aku nanti. cantek tak?



tiffany blue/baby blue + yellow + green !! comment ?
♥ xoxo 

December is coming !!

Hye Bloggers !!

Dah lama pulak aku rasa aku tak update blog yang serba kekurangan ! konon2 b2b tapi semua post aku, sikit pun tak der cerita macam aku b2b kan? haha..
Sekarang ni ada beberapa preparation yang aku da buat !! Semuanye nak kne prepare skit2.. orang tua-tua cakap, sikit2 lama-lama jadi bukit kan? hehe =) layannnnn......

cmne? cantek tak?

Baju ni aku sewa je dekat kak intan. Kak intan ni antara bloggers yang aku suka dgn hasil tangan dia. Sangat kreatif dan inovatif ! untuk pengetahuan korang semua, veil dia, sume handmade ok !~ cantek kan? plus dengan beads rasanye. Sape2 yang minat, boleh lah try usha-usha kat blog dy k? *promotpromot* hehe.

Ade satu lagi aku nak tunjuk hasil tangan dy, yang aku pun dah tempah dekat kak intan ni :
cantek tak?

cantek kan? tapi aku rasa kak intan ni dah tak ambik kot untuk tahun 2012. Sebab fully booked uolssss! aku pun sempat sipi-sipi je.. naseb bek untuk tempahan bulan April, ade satu je lagi kosong ! dah aku minat sgt, aku tempah je. 


excited uolssssss !!

Untuk tumbesaran, sila lah klik gambar tu ye.. hehee..Nanti aku cerita lagi preparation aku dekat korang semua. Harap-harap bloggers adalah perkara terpenting untuk e-day aku nanti. 

xoxo !

Thursday, October 13, 2011

Hukum Menyuntik Vitamin C





jangan meniru aksi ini di rumah !

Soalan: ASSALAMUALAIKUM USTAZ, Saya ada sedikit kemusykilan tentang hukum menyuntik vitamin C pada permukaan kulit wajah dengan tujuan menghilangkan parut muka. Adakah ianya sama dengan suntikan botox? Bagaimana pula dengan pekerja yang menyuntik vitamin tersebut? Harap ustaz dapat memberikan penjelasan, terima kasih.
Jawapan:
Membuat perubahan yang bersifat kekal pada badan (melalui suntikan, pembedahan atau sebagainya), jika tujuannya adalah untuk membaiki kecacatan pada badan (supaya ia kembali kepada keadaan normalnya atau kepada rupa biasanya), ia diharuskan dengan syarat bahan yang digunakan adalah halal/suci dan tidak menyebabkan mudarat yang lebih besar dari kecacatan yang sedia ada itu.
Adapun jika tujuannya semata-mata kecantikan, ia dilarang kerana termasuk dalam mengubah ciptaan Allah dan melakukan pembaziran tanpa perlu. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)
Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).
Kesimpulannya, menyuntik vitamin C, Botox atau sebagainya jika tujuannya adalah untuk membaiki kecacatan di kulit atau badan (seperti parut yang menjelekkan pada pandangan orang lain dan menyukarkan penampilan diri), diharuskan dengan syarat-syarat tadi. Adapun hanya semata-mata untuk menghias diri seperti supaya kulit kelihatan lebih tegang, nampak lebih muda dan sebagainya, tidak harus kerana ia mengubah ciptaan Allah, melakukan pembaziran tanpa perlu dan mungkin juga menyebabkan pemalsuan/penipuan (jika membabitkan orang lain).
Mengenai pekerjaan menyuntik vitamin tersebut, ia kembali kepada tujuan tadi. Jika pusat rawatan menjalankan rawatan mengikut skop yang diharuskan oleh Syariat Islam, haruslah seorang muslim berkerja di situ. Jika ia menjalankan rawatan hanya mengikut kehendak pelanggan, tanpa mengambil berat ketetapan Syariat, tidak harus seorang muslim berkerja di situ kerana gaji/upahnya berlegar di antara haram dan syubhah.
Tambahan:
1. Adapun berusaha mengekal kemudaan dan kecantikan kulit dengan pemakanan (herba atau sebagainya), ia diharuskan kerana usaha itu melalui proses semulajadi tubuh, bukan dengan melakukan sesuatu untuk mengubah ciptaan Allah. Disyaratkan makanan itu halal dan tidak memudaratkan.
2. Begitu juga diharuskan bahan-bahan kosmetik yang bersifat luaran seperti bedak, krim dan sebagainya kerana sekalipun berlaku perubahan pada kulit, ia bukan bersifat kekal di mana ia akan tertanggal atau boleh ditanggalkan. Maka ia mengambil hukum mewarnai rambut, bercelak dan berinai yang diharuskan dengan nas Syarak. Namun disyaratkan bahan-bahan kosmetik itu suci dan tidak memudaratkan tubuh/kulit.
Wallahu a’lam.

Wednesday, October 12, 2011

Hari malas !


nak buat muka macam ni boleh?

Panggilan jauh


Aku terkejut n tak sangka bila Ibunda Alap call aku dari Madinah tepat jam 1.04 petang. Rasa macam tak percaya pun ada. Alhamdulillah, seperti di khabar, semuanya ok ok je kat sne. Sabtu ni In'Allah, berangkat ke Mekah pulak. Dengan suara pun, alhamdulillah sihat, n aku tahu ni suatu saat yang manis utk Ibunda alap sbb alap cerita, mak dy memang dah lama tunggu nak kesana. Semoga makcik kat sana sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan di sana. amin !

malas.malas.malas


hye !
Rasa macam dah lama gila aku tak update blog . Hati teringin nak update tapi tak tahu nak cerita apa. kalo kalo da start cerita, tak tauk nak berenti pulak..

Untuk nak lepas2 rindu kat blog ni, aku upload la satu gamba yang aku dah copy 'n' paste dalam facebook!~
tengok la jap gi kalo tghari ke petang, aku update lagi..

lots of love !
✿ syafinaz

Thursday, July 28, 2011

::haih::

Aku tak de mood nak pergi teambuilding tu..
rasa macam tanak pergi.. hati tu berat la tersangat-sangat !

apa yang aku harap, teambuilding ni best lah ~

*coretan 4 minit sebelum nak pergi*sigh~

Wednesday, July 27, 2011

::teambuilding::

dah lama rasanya tak layan blog. bukak pun tak de masa.. kerja terlalu banyak. tambahan lagi, aku dalam keadaan demam mcm gini lagi stress nk tulis blog. hehe

esok 28 Julai 2011, aku ada teambuilding dekat PDS Training Camp, Port Dickson. Honestly aku tak pernah ikut mana-mana teambuilding. Ni la first time baru nak try pergi, harap-harap best la.. lagipun kali ni, aku tgk tentatif nya banyak games.. Ceramah pun ada sikit2, harap2 tak bosan..

dan sejujur-jujurnya jugak, aku tak de mood nak pergi sebab ntahlah.. demam kot ! aku takut pengsan la pulak sampai sana kan? harap-harap tak mcm tu la. masa mula-mula plan, aku memang semangat teruk kot ! tapi bila asyik postponed je, aku naik fed up.

Pendek kata, aku harap-harap teambuilding ni menjadi dan best !

Friday, July 8, 2011

bersawang-sawang

fuhhh !!
atas tuntutan kerja yang melampau-lampau, lupa pulak aku pada blog yang melampau2 bersawangnye. Lately ni, agak stress bekerja. Macam-macam perangai kena hadap. Time study dulu, hadap buku je pastu drawing. Bila kerja, hari-hari kena hadap perangai manusia yang banyak songeh tak plus lagi dengan menusia yang suka bawak mulut ni kan? haih.. sabar je la..macam-macam hal !!

Tapi nasib baik, ada lagi manusia yang still concern and ambik berat.. thanks ye semua !! dalam pada stress yang melaumpau-lampau ni, aku dapat offer ticket konsert Dato'CT sempena Perlancaran Simplysiti tu dekat UiTM Shah Alam. Pening nak pakai baju pe ntah !! da la nk formal.. sampai la ni, tak taw nak pakai ape.. adoi !

Saturday, June 25, 2011

::rambut ouh rambut::

sekarang aku dok menyesal potong rambut !
rambut aku tak de la panjang sangat, tp bile da potong sampai pendek mcm ni, sp yang tak 
sayang rambut yang dlu kan? adoi !!

aku tanak pendek mcm ni, tapi knp ntah cina tu potong pendek mcm ni.. 
nak ikat rambut pun tak boleh ! haih~ rimas!

alap cakap bile pakai tudung dah tak cantek sbb dah tak de bonggol kat blkg !
tapi naseb bek dy cakap dia oke je..
sayang, saya janji..nanti rambut saya da panjang ckit, saya ikat tinggi-tinggi ea?
saya ikat bia bonggol tinggi ea syg?


Friday, June 17, 2011

::Nora Elena::


demam ouh demam !!
selalunya aku tidur malam, letak kepala atas bantal je, terus hanyut di buai mimpi ! *ya ado !*
sekarang memang kritikal terok bila aku tidur, terpaksa letak lengan atas dahi sambil mendongak ke bulan
lepas tu mimpi ada lelaki macam SETH suka dekat aku + gila kat aku macam dia gilakan si Nora Elena tu.
cemana keras pun hati seorang perempuan tu, bila tengok SETH dalam Nora Elena,
confirm terliyoq ayaq liyoq hangpa semua !! 
aku berani jamin.. hahaha

tapi ending cerita dia semalam, sangat la boring w/pun last last hero ngan heroin kan..
sbb ikutkan novel, YVONE tu langgar ngan lori hantu
tp ending semalam, YVONE kena tangkap jee..

yang penting aku puas hati ! 

::Kerja buat aku lupa::

aku sebenarnya tak tahu nak cerita apa.. tak tahu mana nak mula dan tak tahu nak cerita apa.. pendek cerita memang semua tak tahu lah ! yang aku tahu, perasaan yang meronta-ronta nak tulis blog w/pun followers tak ramai mcm bloggers lain ! *ada aku kisah!* hahaha,, dan paling penting aku nak bagitahu kat korang yang aku ni...........
..........
.........
........
.......
......
......
....
...
..
.
.
.
.
.
.

PENAT SANGAT !!

Thursday, June 16, 2011

::sibuk !::

masuk hari ni, dah 2 hari kot aku tak update blog
so, macam dah bersawang-sawang lah blog ni ! 

Sebenarnya, lately ni aku memang SIBUK TERUK !!
macam lipas tak cukup kaki puan ada gak.
dari Nilai pergi pulak Cyberjaya
Dari Cyberjaya lari pulak pergi Putrajaya
lepastu dari Putrajaya patah balik Nilai
pastu sampai Ofis, semua benda aku nak kejar..
ni silap-silap, tercabut kakitangan aku !

Memang susah kalau buat event dengan oramg-orang besar.
Semua nak kena ada protokol.
nasib baik aku pernah jgk la ada pengalaman serve SULTAN PAHANG..
bukan calang-calang orang oke ! hahaha

Monday, June 13, 2011

::Kak Marlia ouh ! sayang::

ouh *kak mar yang kucintai~ 
kte sgt terharu oke ngan sesetengah entry kak mar ade nama kite yang xbp nak glamour ni kan..
pastu tgk pulak doa si amsyar psal siput ngan bontot ! *kelakar terok okayh !
pastu tengok pulak korang berjalan-jalan, lepak-lepak sampai malam ngan opismate..
sedih oke !? *nangis guling-guling*

Rindu sangat-sangat bile dok teringat opis lame.. 
opis mmg happening gile, 
kalau kat opis lain, orang takut nak tegur CC kan,, kat opis lame aku ni, CC bole buli-buli lagi oke !
*mati lah aku kalau CC bc ni*
main bowling + karaoke + makan lama-lama kat pantry !!
OMG.. sumpah rindu !
nak nak pulak dengar pulak lagu Aishah - janji manismu- * ade kena mengena ke?*
abang-abang driver yang selalu backup. al maklumlah aku kan anak tiri PPAMPS..
anak kandung kepada SNUI JV, so abg2 driver la yg byk backup aku.. especially monthly report !!
korang paham tak ni? takkan? 

p/s : kak mar, w/pun kite jauh, hati kite tetap satu ! *bodek ibu mertua* !!
dan..dan..dan.. kita dah jatuh cinta dengan anak teruna kak mar !!!


::Matahari::


Semua kehidupan mahukan mentari sebab ia menyinarkan kehidupan alam di muka bumi. Mungkin jika tiba-tiba waktu malam terasa panjang, rasa resah dimana mentari akan muncul pasti terasa.Begitu juga dengan kita, kalau kebahagiaan yang dicari tak jumpa-jumpa, pasti kita akan dilanda keresahan berpanjangan..Ikhlaskan diri anda untuk mencari kebahagian Apa sahaja yang anda buat, ikhlaskan perbuatan anda. Tanpa keikhlasan, semua tidak sempurna.Study : ikhlaskan niat anda untuk mencari ilmu, pasti pembelajaran menjadi enjoy dan ilmu melekat di dada.Solat : ikhlaskan diri anda hanya kepada Allah anda menyembah, tuhan yang satu, Yang Maha Esa. InsyaAllah, hidup anda diberkati.cinta : ikhlaskan diri anda pada pasangan, insyaAllah cinta yang ikhlas sentiasa kukuh ikatannya.dan ada banyak lagi contoh yang boleh dirungkaikan. Anda pasti mampu untuk melihatnya.Jika anda ikhlas di dalam hidup, pasti setiap perbuatan anda menjadi baik, hidup anda lebih bermakna keikhlasan yang anda lakukan sebenarnya menuju kearah kebahagian anda.Bila anda ikhlas, semua masalah mudah diselesaikan.Ibarat anda mempunyai impian dan untuk mencapai impian, anda kene berjalan ke satu lorong (kehidupan), kemudian anda terjumpa satu sampah (masalah di tengah perjalanan kehidupan), mesti anda berhenti sejenak bukan.Tetapi jika anda ikhlas dan tahu apa yang anda mahu dalam hidup anda, anda pasti mengambil sampah tersebut dan memasukkan kedalam poket dan terus berjalan kehadapan tanpa berundur kebelakang. Sebab, masalah itu lumrah kehidupan. Kita tak boleh lari dari masalah.kita ambil rintangan tersebut dan masukkan kedalam poket kita. Next, cari tong sampah untuk buang sampah ( rintangan@masalah).Mengapa perlu masuk dalam poket dan bukannya disimpan? sebab masalah dan rintangan hanya sementara. Tidak perlu untuk kita memikirkan terlalu complicated terhadap masalah. Tumpukan pada impian anda. Tapi bagaimana hendak menyelesaikan masalah? Jawapan nya bergantung kepada keikhlasan anda.Jika anda ikhlas, apa sahaja rintangan anda sanggup harungi dan mampu diselesai. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.Bila anda mampu menyelesaikan, pasti ada tong sampah di sepanjang perjalanan anda. Maka, buangkan dan ucapkan terima kasih sebab setiap rintangan dan masalah, pasti ia mematangkan anda dan ada hikmah disebaliknya. Teruskan perjalanan sehingga anda mencapai impian anda.

ikhlaskan diri anda dan buat sesuatu benda kerana anda ikhlas, tetapi bukan dipaksa. Bila anda ikhlas, pasti fikiran anda tenang dan terasa lapang.dan output yang anda buat pasti berjaya.. 

::Monday Blues::

Isnin dah?
Adoi.. mula lah rasa nak :
Demam
Sakit perut
tak de mood
sakit kaki
sakit kepala

nak cuti banyak lagi..
Kalo bos aku baca ni, aku ade pesanan khas untuk bos :
"Bos, bagilah saya cuti panjang.. saya perlukan rehat secukupnya untuk tingkatkan prestasi kerja saya bos ! Agar di masa akan datang, saya akan menaikkan nama jabatan di mata dunia..Doakan saya bos !
plis bossssss!!

Saturday, June 11, 2011

::wow::

Satu je aku nak bagitahu :
Blog aku colour P.I.N.K !!

::Selamat Pagi Malaysia::

okayh okayh !
masa untuk berblog dah tamat ~
aku nak mandi ....
::its bowling time sayangs::

notakaki : Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan
Hidup tanpa pegangan umpama buih-buih sabun,Bila-bila masa ia akan pecah

::miera::

miera
semalam chat ngan awak best..finally akak dah berusaha untuk keluarkan "button followers" tu !
dah lama kot akak tak involve dalam blog berblog ni. malas la !
tapi sekarang kalau kat office dah tak de keja, boleh la akak kerjakan blog pulak kan?
lepastu boleh lah akak tengok awak bercintan cintun ngan adik sepupu akak yang koya lebih tu kan? *F*
akak hope, one day we can meet up and cercita bebanyak eh? *insyaallah*

lots of love
::kak inaz:: 

Friday, June 10, 2011

::Korea::



Kali ni, aku nak meluahkan ketidak puasan hati aku!
aku nak tanya ni, apa yang best ngan "Group dari Korea" ni?
hensem? mata sepet? tinggi? *konpius*
Lelaki Malaysia ni tak cukup hensem ke?
Lelaki Malaysia ni tak cukup tinggi ke?
aku tengok kat tv ni, orang tgk konsert SUJU smpai menangis-nangis bagai.apekah? especially perempuan.
adik aku, minat terok kot ngan group dari Korea ni? 
kawan dia ni sanggup call bagitau ada konsert SUJU la ape lah..
pastu sanggup lagi tu, tak tido malam dok hafal lirik lagu korea ni..
tapi aku ada la jugak terjebak ter*hafal* tarian korea ni..artis mane ntah !
haih.pape ntah ! haha =)

::Karak::

Finally dapat jugak aku tengok cerita Karak ni. Nak jugak aku tengok si Shahir tu berlakon !~ not bad::
Mula-mula, macam suspens je! tp yang tak boleh tahan tu, pak pelawak tu boleh serious pulak berlakon cerita hantu ni. korang tau ke siapa? alaaa, yang rendah2 yang partner AC mizal dalam AC disini tuuu ::sempoiiii:: hahha =)
Tapi bila dah last2, haiyoyo !!
honestly, ending dia tak *budus* lah macam cerita hantu yang lain..
last last mimpi.. tak ke *budus* tu kan?
tapi 1st time aku tengok cerita hantu ni, sedih weh !!
serious sedih::aku tak sure la kalau aku yang ter*emo* lebih ke kan?
tapi memang sedih lah.
korang dah tengok ke?
pi la pakat ramai2 pi tgk naaaaaaa !!

p/s : syira aiyob tu cantek laaaa <3


::Weh kau !::

Adoih ! spoil lah dia ni.. muka dah cantik tapi suka sangat nak buruk-burukkan orang lain.. Satu je aku mintak, jangan suka nak cerita buruk-buruk.tak baik oke =) .. Niat kau ni memang tak baik lah kan sebab suka nak porak peranda kan orang. Daripada kau buang masa nak cerita benda tak betul, u better keep ur own things la sayang.. kau sendiri pun tak tentu betul kan? 

Kepada si Pendengar yang setia dengar rintihan tak betul tu, aku ada pesanan khas untuk kau :: kau ada mata, kau ada telinga, kau boleh lihat dan kau boleh mendengar kan? mana kau lagi percaya? dengan apa yang kau dengar ke atau percaya dengan apa yang kau lihat? 

::Renung-renungkan dan Selamat Beramal::

::Ouh Finally !::

Hye bloggers !
Sebenarnya ni blog aku yang kedua selepas blog aku yang lepas kena hacked.
Maybe, lepas ni aku dah tak ada followers yang best best macam dulu.
Tapi tak pe lah ! sebab blog lepas tu pun aku banyak cerita pasal zaman muda mudi dulu
so B.O.R.I.N.G 
::And now tiba2 rasa nak share life, love and experience aku dengan kawan2 blogger::
eh eh ! ade kawan ke aku??