Thursday, October 13, 2011

Hukum Menyuntik Vitamin C





jangan meniru aksi ini di rumah !

Soalan: ASSALAMUALAIKUM USTAZ, Saya ada sedikit kemusykilan tentang hukum menyuntik vitamin C pada permukaan kulit wajah dengan tujuan menghilangkan parut muka. Adakah ianya sama dengan suntikan botox? Bagaimana pula dengan pekerja yang menyuntik vitamin tersebut? Harap ustaz dapat memberikan penjelasan, terima kasih.
Jawapan:
Membuat perubahan yang bersifat kekal pada badan (melalui suntikan, pembedahan atau sebagainya), jika tujuannya adalah untuk membaiki kecacatan pada badan (supaya ia kembali kepada keadaan normalnya atau kepada rupa biasanya), ia diharuskan dengan syarat bahan yang digunakan adalah halal/suci dan tidak menyebabkan mudarat yang lebih besar dari kecacatan yang sedia ada itu.
Adapun jika tujuannya semata-mata kecantikan, ia dilarang kerana termasuk dalam mengubah ciptaan Allah dan melakukan pembaziran tanpa perlu. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)
Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).
Kesimpulannya, menyuntik vitamin C, Botox atau sebagainya jika tujuannya adalah untuk membaiki kecacatan di kulit atau badan (seperti parut yang menjelekkan pada pandangan orang lain dan menyukarkan penampilan diri), diharuskan dengan syarat-syarat tadi. Adapun hanya semata-mata untuk menghias diri seperti supaya kulit kelihatan lebih tegang, nampak lebih muda dan sebagainya, tidak harus kerana ia mengubah ciptaan Allah, melakukan pembaziran tanpa perlu dan mungkin juga menyebabkan pemalsuan/penipuan (jika membabitkan orang lain).
Mengenai pekerjaan menyuntik vitamin tersebut, ia kembali kepada tujuan tadi. Jika pusat rawatan menjalankan rawatan mengikut skop yang diharuskan oleh Syariat Islam, haruslah seorang muslim berkerja di situ. Jika ia menjalankan rawatan hanya mengikut kehendak pelanggan, tanpa mengambil berat ketetapan Syariat, tidak harus seorang muslim berkerja di situ kerana gaji/upahnya berlegar di antara haram dan syubhah.
Tambahan:
1. Adapun berusaha mengekal kemudaan dan kecantikan kulit dengan pemakanan (herba atau sebagainya), ia diharuskan kerana usaha itu melalui proses semulajadi tubuh, bukan dengan melakukan sesuatu untuk mengubah ciptaan Allah. Disyaratkan makanan itu halal dan tidak memudaratkan.
2. Begitu juga diharuskan bahan-bahan kosmetik yang bersifat luaran seperti bedak, krim dan sebagainya kerana sekalipun berlaku perubahan pada kulit, ia bukan bersifat kekal di mana ia akan tertanggal atau boleh ditanggalkan. Maka ia mengambil hukum mewarnai rambut, bercelak dan berinai yang diharuskan dengan nas Syarak. Namun disyaratkan bahan-bahan kosmetik itu suci dan tidak memudaratkan tubuh/kulit.
Wallahu a’lam.

Wednesday, October 12, 2011

Hari malas !


nak buat muka macam ni boleh?

Panggilan jauh


Aku terkejut n tak sangka bila Ibunda Alap call aku dari Madinah tepat jam 1.04 petang. Rasa macam tak percaya pun ada. Alhamdulillah, seperti di khabar, semuanya ok ok je kat sne. Sabtu ni In'Allah, berangkat ke Mekah pulak. Dengan suara pun, alhamdulillah sihat, n aku tahu ni suatu saat yang manis utk Ibunda alap sbb alap cerita, mak dy memang dah lama tunggu nak kesana. Semoga makcik kat sana sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan di sana. amin !

malas.malas.malas


hye !
Rasa macam dah lama gila aku tak update blog . Hati teringin nak update tapi tak tahu nak cerita apa. kalo kalo da start cerita, tak tauk nak berenti pulak..

Untuk nak lepas2 rindu kat blog ni, aku upload la satu gamba yang aku dah copy 'n' paste dalam facebook!~
tengok la jap gi kalo tghari ke petang, aku update lagi..

lots of love !
✿ syafinaz