Saturday, June 25, 2011

::rambut ouh rambut::

sekarang aku dok menyesal potong rambut !
rambut aku tak de la panjang sangat, tp bile da potong sampai pendek mcm ni, sp yang tak 
sayang rambut yang dlu kan? adoi !!

aku tanak pendek mcm ni, tapi knp ntah cina tu potong pendek mcm ni.. 
nak ikat rambut pun tak boleh ! haih~ rimas!

alap cakap bile pakai tudung dah tak cantek sbb dah tak de bonggol kat blkg !
tapi naseb bek dy cakap dia oke je..
sayang, saya janji..nanti rambut saya da panjang ckit, saya ikat tinggi-tinggi ea?
saya ikat bia bonggol tinggi ea syg?


Friday, June 17, 2011

::Nora Elena::


demam ouh demam !!
selalunya aku tidur malam, letak kepala atas bantal je, terus hanyut di buai mimpi ! *ya ado !*
sekarang memang kritikal terok bila aku tidur, terpaksa letak lengan atas dahi sambil mendongak ke bulan
lepas tu mimpi ada lelaki macam SETH suka dekat aku + gila kat aku macam dia gilakan si Nora Elena tu.
cemana keras pun hati seorang perempuan tu, bila tengok SETH dalam Nora Elena,
confirm terliyoq ayaq liyoq hangpa semua !! 
aku berani jamin.. hahaha

tapi ending cerita dia semalam, sangat la boring w/pun last last hero ngan heroin kan..
sbb ikutkan novel, YVONE tu langgar ngan lori hantu
tp ending semalam, YVONE kena tangkap jee..

yang penting aku puas hati ! 

::Kerja buat aku lupa::

aku sebenarnya tak tahu nak cerita apa.. tak tahu mana nak mula dan tak tahu nak cerita apa.. pendek cerita memang semua tak tahu lah ! yang aku tahu, perasaan yang meronta-ronta nak tulis blog w/pun followers tak ramai mcm bloggers lain ! *ada aku kisah!* hahaha,, dan paling penting aku nak bagitahu kat korang yang aku ni...........
..........
.........
........
.......
......
......
....
...
..
.
.
.
.
.
.

PENAT SANGAT !!

Thursday, June 16, 2011

::sibuk !::

masuk hari ni, dah 2 hari kot aku tak update blog
so, macam dah bersawang-sawang lah blog ni ! 

Sebenarnya, lately ni aku memang SIBUK TERUK !!
macam lipas tak cukup kaki puan ada gak.
dari Nilai pergi pulak Cyberjaya
Dari Cyberjaya lari pulak pergi Putrajaya
lepastu dari Putrajaya patah balik Nilai
pastu sampai Ofis, semua benda aku nak kejar..
ni silap-silap, tercabut kakitangan aku !

Memang susah kalau buat event dengan oramg-orang besar.
Semua nak kena ada protokol.
nasib baik aku pernah jgk la ada pengalaman serve SULTAN PAHANG..
bukan calang-calang orang oke ! hahaha

Monday, June 13, 2011

::Kak Marlia ouh ! sayang::

ouh *kak mar yang kucintai~ 
kte sgt terharu oke ngan sesetengah entry kak mar ade nama kite yang xbp nak glamour ni kan..
pastu tgk pulak doa si amsyar psal siput ngan bontot ! *kelakar terok okayh !
pastu tengok pulak korang berjalan-jalan, lepak-lepak sampai malam ngan opismate..
sedih oke !? *nangis guling-guling*

Rindu sangat-sangat bile dok teringat opis lame.. 
opis mmg happening gile, 
kalau kat opis lain, orang takut nak tegur CC kan,, kat opis lame aku ni, CC bole buli-buli lagi oke !
*mati lah aku kalau CC bc ni*
main bowling + karaoke + makan lama-lama kat pantry !!
OMG.. sumpah rindu !
nak nak pulak dengar pulak lagu Aishah - janji manismu- * ade kena mengena ke?*
abang-abang driver yang selalu backup. al maklumlah aku kan anak tiri PPAMPS..
anak kandung kepada SNUI JV, so abg2 driver la yg byk backup aku.. especially monthly report !!
korang paham tak ni? takkan? 

p/s : kak mar, w/pun kite jauh, hati kite tetap satu ! *bodek ibu mertua* !!
dan..dan..dan.. kita dah jatuh cinta dengan anak teruna kak mar !!!


::Matahari::


Semua kehidupan mahukan mentari sebab ia menyinarkan kehidupan alam di muka bumi. Mungkin jika tiba-tiba waktu malam terasa panjang, rasa resah dimana mentari akan muncul pasti terasa.Begitu juga dengan kita, kalau kebahagiaan yang dicari tak jumpa-jumpa, pasti kita akan dilanda keresahan berpanjangan..Ikhlaskan diri anda untuk mencari kebahagian Apa sahaja yang anda buat, ikhlaskan perbuatan anda. Tanpa keikhlasan, semua tidak sempurna.Study : ikhlaskan niat anda untuk mencari ilmu, pasti pembelajaran menjadi enjoy dan ilmu melekat di dada.Solat : ikhlaskan diri anda hanya kepada Allah anda menyembah, tuhan yang satu, Yang Maha Esa. InsyaAllah, hidup anda diberkati.cinta : ikhlaskan diri anda pada pasangan, insyaAllah cinta yang ikhlas sentiasa kukuh ikatannya.dan ada banyak lagi contoh yang boleh dirungkaikan. Anda pasti mampu untuk melihatnya.Jika anda ikhlas di dalam hidup, pasti setiap perbuatan anda menjadi baik, hidup anda lebih bermakna keikhlasan yang anda lakukan sebenarnya menuju kearah kebahagian anda.Bila anda ikhlas, semua masalah mudah diselesaikan.Ibarat anda mempunyai impian dan untuk mencapai impian, anda kene berjalan ke satu lorong (kehidupan), kemudian anda terjumpa satu sampah (masalah di tengah perjalanan kehidupan), mesti anda berhenti sejenak bukan.Tetapi jika anda ikhlas dan tahu apa yang anda mahu dalam hidup anda, anda pasti mengambil sampah tersebut dan memasukkan kedalam poket dan terus berjalan kehadapan tanpa berundur kebelakang. Sebab, masalah itu lumrah kehidupan. Kita tak boleh lari dari masalah.kita ambil rintangan tersebut dan masukkan kedalam poket kita. Next, cari tong sampah untuk buang sampah ( rintangan@masalah).Mengapa perlu masuk dalam poket dan bukannya disimpan? sebab masalah dan rintangan hanya sementara. Tidak perlu untuk kita memikirkan terlalu complicated terhadap masalah. Tumpukan pada impian anda. Tapi bagaimana hendak menyelesaikan masalah? Jawapan nya bergantung kepada keikhlasan anda.Jika anda ikhlas, apa sahaja rintangan anda sanggup harungi dan mampu diselesai. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.Bila anda mampu menyelesaikan, pasti ada tong sampah di sepanjang perjalanan anda. Maka, buangkan dan ucapkan terima kasih sebab setiap rintangan dan masalah, pasti ia mematangkan anda dan ada hikmah disebaliknya. Teruskan perjalanan sehingga anda mencapai impian anda.

ikhlaskan diri anda dan buat sesuatu benda kerana anda ikhlas, tetapi bukan dipaksa. Bila anda ikhlas, pasti fikiran anda tenang dan terasa lapang.dan output yang anda buat pasti berjaya.. 

::Monday Blues::

Isnin dah?
Adoi.. mula lah rasa nak :
Demam
Sakit perut
tak de mood
sakit kaki
sakit kepala

nak cuti banyak lagi..
Kalo bos aku baca ni, aku ade pesanan khas untuk bos :
"Bos, bagilah saya cuti panjang.. saya perlukan rehat secukupnya untuk tingkatkan prestasi kerja saya bos ! Agar di masa akan datang, saya akan menaikkan nama jabatan di mata dunia..Doakan saya bos !
plis bossssss!!

Saturday, June 11, 2011

::wow::

Satu je aku nak bagitahu :
Blog aku colour P.I.N.K !!

::Selamat Pagi Malaysia::

okayh okayh !
masa untuk berblog dah tamat ~
aku nak mandi ....
::its bowling time sayangs::

notakaki : Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan
Hidup tanpa pegangan umpama buih-buih sabun,Bila-bila masa ia akan pecah

::miera::

miera
semalam chat ngan awak best..finally akak dah berusaha untuk keluarkan "button followers" tu !
dah lama kot akak tak involve dalam blog berblog ni. malas la !
tapi sekarang kalau kat office dah tak de keja, boleh la akak kerjakan blog pulak kan?
lepastu boleh lah akak tengok awak bercintan cintun ngan adik sepupu akak yang koya lebih tu kan? *F*
akak hope, one day we can meet up and cercita bebanyak eh? *insyaallah*

lots of love
::kak inaz:: 

Friday, June 10, 2011

::Korea::



Kali ni, aku nak meluahkan ketidak puasan hati aku!
aku nak tanya ni, apa yang best ngan "Group dari Korea" ni?
hensem? mata sepet? tinggi? *konpius*
Lelaki Malaysia ni tak cukup hensem ke?
Lelaki Malaysia ni tak cukup tinggi ke?
aku tengok kat tv ni, orang tgk konsert SUJU smpai menangis-nangis bagai.apekah? especially perempuan.
adik aku, minat terok kot ngan group dari Korea ni? 
kawan dia ni sanggup call bagitau ada konsert SUJU la ape lah..
pastu sanggup lagi tu, tak tido malam dok hafal lirik lagu korea ni..
tapi aku ada la jugak terjebak ter*hafal* tarian korea ni..artis mane ntah !
haih.pape ntah ! haha =)

::Karak::

Finally dapat jugak aku tengok cerita Karak ni. Nak jugak aku tengok si Shahir tu berlakon !~ not bad::
Mula-mula, macam suspens je! tp yang tak boleh tahan tu, pak pelawak tu boleh serious pulak berlakon cerita hantu ni. korang tau ke siapa? alaaa, yang rendah2 yang partner AC mizal dalam AC disini tuuu ::sempoiiii:: hahha =)
Tapi bila dah last2, haiyoyo !!
honestly, ending dia tak *budus* lah macam cerita hantu yang lain..
last last mimpi.. tak ke *budus* tu kan?
tapi 1st time aku tengok cerita hantu ni, sedih weh !!
serious sedih::aku tak sure la kalau aku yang ter*emo* lebih ke kan?
tapi memang sedih lah.
korang dah tengok ke?
pi la pakat ramai2 pi tgk naaaaaaa !!

p/s : syira aiyob tu cantek laaaa <3


::Weh kau !::

Adoih ! spoil lah dia ni.. muka dah cantik tapi suka sangat nak buruk-burukkan orang lain.. Satu je aku mintak, jangan suka nak cerita buruk-buruk.tak baik oke =) .. Niat kau ni memang tak baik lah kan sebab suka nak porak peranda kan orang. Daripada kau buang masa nak cerita benda tak betul, u better keep ur own things la sayang.. kau sendiri pun tak tentu betul kan? 

Kepada si Pendengar yang setia dengar rintihan tak betul tu, aku ada pesanan khas untuk kau :: kau ada mata, kau ada telinga, kau boleh lihat dan kau boleh mendengar kan? mana kau lagi percaya? dengan apa yang kau dengar ke atau percaya dengan apa yang kau lihat? 

::Renung-renungkan dan Selamat Beramal::

::Ouh Finally !::

Hye bloggers !
Sebenarnya ni blog aku yang kedua selepas blog aku yang lepas kena hacked.
Maybe, lepas ni aku dah tak ada followers yang best best macam dulu.
Tapi tak pe lah ! sebab blog lepas tu pun aku banyak cerita pasal zaman muda mudi dulu
so B.O.R.I.N.G 
::And now tiba2 rasa nak share life, love and experience aku dengan kawan2 blogger::
eh eh ! ade kawan ke aku??